Tugasan Multimedia

RAKAMAN VIDEO DI TAMAN PERMAINAN


Saya telah menyediakan satu bahan video yang bertajuk Rekreasi Di Taman Permainan. Rakaman ini telah dirakam di sebuah taman permainan di Bandar Baru Selayang Selangor. Rakaman ini saya rasakan bersesuaian untuk langkah 1 di mana rakaman ini berkisahkan aktiviti yang dijalankan di taman permainan. Setelah tamat tayangan guru boleh bertanya kepada murid apa yang mereka lihat dari rakaman yang mereka tonton. Daripada aktiviti ini boleh melatih daya pemikiran murid menyatakan pendapat mereka tentang apa yang mereka lihat. Kaedah rakaman video ini bersesuaian untuk memperjelaskan penyampaikan mesej kepada murid-murid, malah melalui kaedah ini guru dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan murid-murid dengan berkesan. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti murid-murid yang aktif dan pasif, cara ini menyenangkan guru untuk memberi latihan pengukuhan kepada murid-murid yang lemah.       


VIDEO EDIT




Untuk tugasan mengedit video saya telah memuat turun sebuah video yang saya rasakan amat sinonim dengan murid-murid sekolah rendah iaitu video Papaku Pulang Dari Kota.                                Video asal untuk lagu ini saya muat turun dari laman sesawang youtube http://www.youtube.com/watch?v=2s6RcKnIFH8 Lagu Kanak Kanak  Papaku Pulang Dari Kota | Didi & Friend. Saya memilih pembelajaran berasaskan nyanyian kerana saya rasakan murid akan berasa lebih seronok dan aktif melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) apabila aktiviti yang berkaitan dengan nyanyian dijalankan. Selalunya murid akan tertarik semasa menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan. Untuk video ini saya rasakan ianya amat sesuai diajar untuk set induksi dan daripada lagu ini objektif utama saya letakkan dalam video ini supaya murid dapat mengaitkan set induksi itu dengan pengajaran yang seterusnya. Video yang saya telah muat turun pada awalnya berdurasi selama 2.08 minit. Setelah proses mengedit dilakukan akhirnya video telah berjaya didurasikan selama 31 saat sahaja. Untuk video ini saya menggunakan perisian AVS Video Editior







1 ulasan:

  1. Pertama - gunakan 'font' arial atau yang biasa sahaja.
    Kedua - teknik merakam video boleh diperbaiki. Hilangkan audio pada rakaman yang dibuat dan gantikan dengan muzik perlahan.

    BalasPadam