Selasa, 30 September 2014


JENIS-JENIS PANTUN 

Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.



Pantun Dua Baris

Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan merana.


Pantun Empat Baris

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.


Pantun Enam Baris

Apa didapat orang memburu,
Dapat rusa jantan betina,
Sedang bersembunyi di celah batu;
Bila mendapat bunga yang baru,
Bunga yang lama tiada berguna,
Adat dunia sudah begitu.

Bukan cempedak kami katakan,
Buah delima dalam pasu,
Pisau lipat baru diasah;
Bukankah telah kami katakan,
Pandang pertama cinta palsu,
Tiada dapat dibawa bersusah.

[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]


Pantun Lapan Baris

Rumpun rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungai;
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang nan usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksud rasa tak akan sampai.

[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]


Pantun Dua Belas Baris

Anak jintayu dari hulu,
Disambar ombak Laut Cina,
Dibawa terbang ke perahu,
Hinggap minum ke muara,
Anak ikan berkeliaran;
Kamilah tahu dari dahulu,
Adik jauhari bijaksana,
Membuhul tidak membeku,
Mengulas tidak mengesan,
Meratap langit dengan bicara,
Bumi tidak ketirisan.

Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa Sutan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.

[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]


Pantun Berkait

Angsana berpucuk di atas batu,
Pucuk digangsa beribu-ribuan;
Ada bunga di naung batu,
Kuntumnya kaca tangkainya embun.

Pucuk digangsa beribu-ribuan,
Kembang diuca balik beroleh;
Kuntumnya kaca tangkainya embun,
Dipandang sahaja diambil tak boleh.

Kembang diuca balik beroleh,
Tambang garam di dalam sekoci;
Dipandang sahaja diambil tak boleh,
Bertambah geram di dalam hati.

[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]



Sabtu, 27 September 2014

PEKA BAHASA







Jom Belajar buat blog


Alang-alang dah berjaya buat blog sendiri saya nak share dengan rakan-rakan tentang tutorial cara membuat blog . Tapi maaflah video ni video indonesia..tapi takpe lah yang penting faham cara2nyer...Sebelum tu saya nak kongsi pengalaman saya buat blog sendiri. Kalau tak kerana subjek Komputer ni saya rasa ntah bila la saya akan ada blog sendiri. Terima kasih terutama sekali buat Encik Khambali atas tunjuk ajar beliau sehingga blog ini berjaya disiapkan.. Juga buat sifu saya Amril dan Ayem ..hehhehe.. sabar mengajar anak murid yang lemah ini.. terima kasih banyak2.. Harap dengan tontonan video ini serba sedikit dapat membantu anda belajar cara untuk menyediakan blog anda semua..Selamat mencuba.. Yang penting jangan putus asa..Cuba dan terus mencuba...

Isnin, 8 September 2014

cerita ini saya ambil dari blog Ibu Bunga Matahari ..iaitu blog cikgu yang sangat saya kagumi..

AKU SEPASANG KASUT...







"Aku adalah sepasang kasut. Tuan aku bernama Ali. Ali membeliku dari sebuah kedai. Jenamaku ialah BATA..."

Dulu-dulu, semasa di sekolah rendah sekitar tahun 1973-1978, Cikgu Tajudin meminta kami menulis karangan bertajuk "Aku sepasang kasut".

Saya memang suka menulis karangan. Selalunya kalau memberi contoh, nama Ali, Abu, Muthusamy, Letchumi, Ah Seng dan Ah Moi yang akan diberikan cikgu.Saya pun biasanya akan mengikut sahaja nama cadangan cikgu.

Karangan saya selalu berakhir dengan tragedi. "Aku" akan dilupakan oleh tuannya setelah bertukar menjadi kasut buruk."Aku" melihat dengan sedih ketika kasut baru tersenyum megah berkhidmat untuk tuannya. "Aku" yang telah koyak rabak dicampakkan sahaja ke dalam tong sampah bersama sampah-sampah lain yang berbau hanyir.

Apabila siap menulis penamatnya, saya selalu jadi sedih.Perasaan sedih itu terbawa-bawa pula sampai ke rumah. Seharianlah pula saya murung, mengenangkan nasib "aku" yang sudah dilupakan tuannya!

Mengenangkan itu sekarang, rasa lucu pula.

Tapi jika diikutkan, memang sepatutnya pun kita berasa sedih. Saban hari kita dihidangkan cerita yang menyamai karangan kasut buruk yang dilupakan itu.

Di halaman akhbar hari ini pun ada ceritanya. Suami yang meninggalkan isteri dan anak seperti mencampakkan kasut buruk ke tong sampah. Mula-mula sayang bagaikan tak ingin berpisah meski sesaat. Bulan dan bintang pun kalau boleh mahu dicapai untuk dijadikan kerongsang yang indah. Lautan api sanggup direnangi, inikan pula kalau sekadar Selat Melaka!

Kacang bro....kata orang sekarang!

Begitu juga ada ibu bapa yang sanggup ditinggalkan di jalanan. Waktu ibu bapa itu masih sihat, masih kuat; tangan itulah yang menyuap nasi ke mulut. Tangan itulah juga yang membesar dan mendidik. Sanggup memohon doa agar Allah menggantikan nyawanya dengan nyawa si anak, supaya anak itu sembuh daripada penyakit.Tapi itulah; saat si anak sudah cantik dan kacak, sihat dan punya segala, ibu bapa yang sudah uzur dan "buruk" itu diabaikan. Dilupakan. Ditinggalkan di jalanan!

Bukankah ceritanya sama dengan kasut buruk yang dicampak ke dalam tong sampah?

Hilang semua rasa belas kasihan atas pengorbanan orang tua. Lupa bagaimana orang tua bertungkus-lumus mencari rezeki. Seolah-olah ibu bapa tidak melakukan apa-apa, dan anak-anak itu membesar dengan sendirinya.

Itu adalah realiti.

Seperti kesedihan sepasang kasut yang dihina, terdampar lesu di sisi sampah dan kotoran yang berbau hanyir...

Tugasan yang diberikan Cikgu Tajudin memberikan makna mendalam dalam hidup kita sebagai manusia...

Supaya kita sentiasa beringat-ingat!